Saturday, July 19, 2008

DNA

semalam Anwar dibebaskan dari tahanan pihak polis. ramai yang suka dan ramai yang x suka. biasa la, mesti ada yang sokong dan bangkang. tapi yang aku heran ramai yang bodoh pemikiran mereka. mereka ni main sedap mulut jer cakap itu ini. berani kerana benar lah konon.

aku memang geram sangat. rasa macam nak sumpah-sumpah mamat tu biar jadi katak. semalam aku baca blog DR M, chedet. aku baca ulasan pasal debat anwar-shabery. ada penyokong kuat DR M ni yang aku anggap bodoh, yang jenis IQ zero. xde pemikiran. dia tulis komen "kalau anwar benar, kenapa dia x bagi sampel DNA kat polis?" aku rasa org ni bodoh ke apa. senang2 nak kasi DNA kat orang. dah la kita sendiri tahu yang polis ni kuat rasuah. mesti la dia nak manipulasi DNA anwar tu kat si saiful bapuk tu. pastu sabit kesalahan. kenapa pihak polis x keluarkan hasil siasatan kesihatan saiful tu dulu? betol ke dia tu di sodom? kenapa perlu ambil sampel DNA anwar dulu? bukan kah ini keje bodoh. pikiq tu biar la rasional sikit brader. jgn tiap2 hari tersogok dengan TV je. pikir dan pikir.

peace!!

Wednesday, July 16, 2008

DEBAT.

kesimpulan untuk debat harga minyak semalam.

1. stage yang tidak digital (tak menarik la maksud dia).

2. masa yang sangat terhad.

3. pengerusi majlis dan 2 ahli panel tak power walopon ade yang bergelar doktor dan menjawat jawatan tinggi dlm institusi universiti negara. soalan yang ditujukan adalah lemah sama seperti soalan kwn-kwn tentang politik kampung di kedai kopi. pangkat doktor beli agak nya.

4. debat yang dijalankan adalah tentang isu minyak petrol dan diesel. tp pak menteri lebih gemar bercakap pasal isu sejarah, demostrasi, konsert dan lelain. perkataan yang paling aku benci semalam adalah 'POPULIS'. pak menteri seperti ketandusan idea. cuba memutar belit kan fakta dengan mengaitkan dengan isu-isu lama. zaman 70-an. zaman dia pon xde lagi.

5. minyak urut pon boleh disebot-sebot. ini menandakan pak menteri mmg xde idea. mcm-mcm perkara lain disebot selain dari isu minyak.

6. soalan panel yang sangat lemah. lebih memihak kepada pak menteri. mungkin soalan yang ditanya adalah soalan yang dibuat oleh pak menteri sendiri.

7. debat ini sepatot nya di lakukan di antara anwar dan menteri-menteri yang mengawal ekonomi negara. bukan dengan menteri penerangan yang cetek idea dan tiada pengalaman. baru 4-5 bulan jadi menteri sudah belagak mcm ayam daging.

8. siaran ulangan patot diulang setiap hari supaya rakyat dapat menilai yang mana lagi bagus.

9. komen anda? sila tinggal kan di ruangan bawah. sekian.