Tuesday, October 21, 2008

new ages!!

firstly, aku nk mintak maaf byk2 kat korang semua sbb mmg lame sgt aku x update aku punyer blog ni..i felt very terrible for myself sbb x bulih nk menaip untuk tatapan ramai..so many issues and news to share with u guys but i cant help myself..

i'm now at sungai udang, melaka working with Petronas as a kuli la kan..apa lagi?? haha!! aku mmg sangat bz dengan kerja, sumtimes aku pulang rumah pukul 11-12 malam sbb nak finish all the docs at the office. so many drawing to review, so many list to recheck sampai kadang2 i got no time for myself to rest. mmg very very tension and fed-up la. tapi nk wat macam mane dah kene cari rezki. xkan nk mintak dengan mak bapak lagi. hang pikiq la sendiri. huhu!! nasib baik la aku ade peneman jarak jauh kat telefon. my darling babe, thanks for understand me babe..u r my angel until 4ever. i owe you babe!!

instead of bz-ing wif my works, i also bz with other things..which is secret for you guys..haha!! i'm planning sumting dat i cant wait for!! huhuh!!! end of the stories la kay, haha!!

so, i gtg, we update later for any news and issues..keep in touch guys..choW!!!

Friday, September 12, 2008

16 SEPTEMBER

reality atau fantasy??

Wednesday, August 27, 2008

31,195 - 15,524 = 15,671

banyak betui angka kat atas ni..amcm?? ade brani mau lawan lagi?? xpayah la yer..

sekian,terima kaseh.

Wednesday, August 20, 2008

saiful = sumpah-sampah

sumpah jgn kene sumpah! sampah betol masyarakat ni. sebab terlampau sekular sangat ade jugak yg sanggup bersumpah. ulama ckp jangan sumpah nk sumpah jugak. ulama cakap jgn sumpah dalam masjid buat jugak. imam masjid negara pon xreti agama ke? aku yg belaja agama sekerat-sekerat pon boleh tahu pasal sumpah-sumpah ni.

mane boleh org yang menuduh bersumpah. hanya org yang TERTUDUH jer yang boleh. sumpah mane boleh buat dlm masjid. kene dlm mahkamah syariah. pastu sumpah ni mesti dibuat bile masalah ini xdapat diselesaikan dengan cara undang2 yang betul. ni sumpah sorang2. saksi pon x ade. bodoh betui sistem sumpah malaysia ni. oh! aku lupa. malaysia boleh. so, semua pon boleh buat lah.

aku sumpah saiful bahari jadi sumpah-sumpah!! menyampah betui!! tuih!!!


Sunday, August 17, 2008

aku graduat yang kompetan

tanggal 17 ogos/nifsu syaaban termaktub lah didalam sebuah sejarah yang gemilang aku sebagai "graduat kompetan". tahniah aku!

mak-bapak graduat bersusun padu mara ke dalam dewan. dengan satu tujuan murni. tanpa segan. keletihan. kehabisan banyak wang. yelah, siapa suruh tidur di hotel yang teramat mahal. hasil ihsan kapitalis amerika!!

namun, sedikit kekesalan. teks ucapan pro-canselor merupakan teks pro-kerajaan. aku berang. bingkas. medan yang mulia menjadi taruhan politik. wahai orang yg berpelajaran tinggi. jangan kamu jadi kan anak-anak didik kamu sekular seperti kamu. haram.

fuhh! aku graduat yang kompetan.

Tuesday, August 5, 2008

cakap ikot sedap mulut.

pagi ni aku xde keje sangat. sambil menyiapkan kerje2 yang ditugaskan aku memilih TV1 sebagai bahan tontonan. mmg tepat masa yang aku pilih utk menonton tv1 ni. dato adnan yaacob, menteri besar pahang sedang berucap, live. PM pon ada juga untuk merasmi kan pembukaan tanah baru utk pertanian di pahang. bagus lah tu, tolong rakyat sikit-sikit sambil kaut untung yang banyak. biasa lah tu.

tapi yang aku panas telinga dengar, si adnan boleh cakap pasal air free 20 meter padu yg diberikan oleh kerajaan negeri pakatan rakyat. die pon cakap pahang dah lame kasi free. tahun 1982 dah stat bagi free rm15. bodoh ke si adnan ni. tu seme negeri pon dapat. subsidi kerajaan untuk semua rakyat. yang 20 meter padu free ni bermakne plus rm15 yang kerajaan bagi selama ni. so dapat lagi byk la air free. yang kita jual 1000 meter padu pada harga 3sen utk singapore tu sampai tahun 2062 tu x ambik kira pulak?? pastu pasal lombong bijih emas kat pahang tu. sape yg korek hasil? british jugak yg dapat hasil. buat perjanjian sampai 100 tahun. x ke lemah pemerintahan kerajaan ni. bodoh betui MB pahang ni. cakap mcm org x sekolah. die yang ngaku sendiri tu. mintak maaf byk la ye org pahang. anda x bodoh cume MB anda je yang bodoh.

lagi satu pasal harga minyak yg didebatkan oleh anwar dan shabery. dah nyata dah shabery mmg dah kalah dlm debat tu. pastu masih nk bolak-balik rakyat lagi. rakyat yang bodoh-tuli boleh la. adnan cakap " saya pon boleh cakap, hari ni jadi PM semalam dah turun harga minyak bukan esok". die cakap tanpa ada fakta. boleh lah. die tahu ke pasal ekonomi ke?? tanah di negeri pahang yang belambak dapat kat sapa?? cina mana?? apa die buat?? pastu die kutuk lagi blogers mcm aku. "buat la apa diorg (bloggers) mahu buat, yang penting kerajaan sekarang meningkatkan ekonomi" puih!! inflasi sekarang 8%. paling tinggi selama 26 tahun. sapa yang salah?? pastu nak sorok kan dari rakyat. rakyat yang bodoh memang lah ikot. aku jangan harap lah aku ikot. xnak la jadi bodoh mcm korang.

" subsidi kerajaan sudah banyak. hospital, jalan raya, apa lagi nak? kalau kita nak bagi minyak free apa kerajaan dapat bangunkan negara??"

satu ayat yang bodoh dari seorang menteri. sapa yang nk bagi free?? dia kot. dah la tax belambak2 dah ambik dari rakyat. aku x tahu lah kenapa rakyat malaysia ni bodoh sangat boleh pilih kerajaan yang suke ambik duit rakyat. huh!




tampal iklan merata-rata. ah-long memang bahalol la.

aku duduk/tinggal/belajar di johor bahru lame sebenarnye. lebih kurang 6 tahun. banyak pengalaman aku lalui. banyak pemandangan aku tengok di johor bahru yang banyak beza dengan tempat aku sendiri. yelah, bandaraya no. 2 malaysia katekan. uwekkk!! nak muntah aku. bandaraya konon. padahal hapa pon xdak. kedai cina banyak lah.

okey, cerita aku bukan pasal bandaraya tapi ade satu perkara yang unik yg terdapat di johor bahru yang tiada di tempat aku ; iklan-iklan pinjaman wang ah-long yang ditampal merata-rata tempat. mmg betul. aku mmg menyampah dengan iklan-iklan ini. ah-long ni main tibai je menempel iklan-iklan mereke ni merata tempat. di signboard jalan, tiang2 tnb n telekom, tiang2 kedai, pokok2 di tepi jalan, traffic light. bukan sahaja begitu, kad2 bisnes mereke ni di bahagikan di setiap rumah-rumah di sekitar JB. dah la org yang membahagikan kad2 tu mat indon, lagi banyak sial yang melanda. aku dah menyampah dengan sikap ah-long ni.

kepada pihak polis, sila lah ambik tindakan pasal geng-geng ah-long ni. dah ramai rakyat yang mati kene sembelih akibat dari pinjaman dengan ah-long. banyak lagi kes-kes yang perlu di titik beratkan oleh pihak polis. jangan duk sibuk siasat kes sodom je. dah,la terang2 kontoi pihak hospital kluarkan report yang mengatakan saiful laknat ni xpenah kene sodom. so wtf pihak polis nak siasat lagi?? banyak lagi kes-kes lain xsetel. kes al-tantuya x setel2 pon. ah-long yang belambak2 ni polis x tangkap pulak. kene suap dgn ah-long ke?? pendatang asing belambak2. kes dadah x setel2. ketua polis negara pon xde kuasa skrg. masuk keluar mahkamah je keje die skarang. patot la muka pon dah jadi mcm badak.

okeyla, cakap banyak pon xgune. aku bukan polis, bukan PM. sendiri pilih, sendiri ingat lah. tanggung lah sendiri!!

Saturday, July 19, 2008

DNA

semalam Anwar dibebaskan dari tahanan pihak polis. ramai yang suka dan ramai yang x suka. biasa la, mesti ada yang sokong dan bangkang. tapi yang aku heran ramai yang bodoh pemikiran mereka. mereka ni main sedap mulut jer cakap itu ini. berani kerana benar lah konon.

aku memang geram sangat. rasa macam nak sumpah-sumpah mamat tu biar jadi katak. semalam aku baca blog DR M, chedet. aku baca ulasan pasal debat anwar-shabery. ada penyokong kuat DR M ni yang aku anggap bodoh, yang jenis IQ zero. xde pemikiran. dia tulis komen "kalau anwar benar, kenapa dia x bagi sampel DNA kat polis?" aku rasa org ni bodoh ke apa. senang2 nak kasi DNA kat orang. dah la kita sendiri tahu yang polis ni kuat rasuah. mesti la dia nak manipulasi DNA anwar tu kat si saiful bapuk tu. pastu sabit kesalahan. kenapa pihak polis x keluarkan hasil siasatan kesihatan saiful tu dulu? betol ke dia tu di sodom? kenapa perlu ambil sampel DNA anwar dulu? bukan kah ini keje bodoh. pikiq tu biar la rasional sikit brader. jgn tiap2 hari tersogok dengan TV je. pikir dan pikir.

peace!!

Wednesday, July 16, 2008

DEBAT.

kesimpulan untuk debat harga minyak semalam.

1. stage yang tidak digital (tak menarik la maksud dia).

2. masa yang sangat terhad.

3. pengerusi majlis dan 2 ahli panel tak power walopon ade yang bergelar doktor dan menjawat jawatan tinggi dlm institusi universiti negara. soalan yang ditujukan adalah lemah sama seperti soalan kwn-kwn tentang politik kampung di kedai kopi. pangkat doktor beli agak nya.

4. debat yang dijalankan adalah tentang isu minyak petrol dan diesel. tp pak menteri lebih gemar bercakap pasal isu sejarah, demostrasi, konsert dan lelain. perkataan yang paling aku benci semalam adalah 'POPULIS'. pak menteri seperti ketandusan idea. cuba memutar belit kan fakta dengan mengaitkan dengan isu-isu lama. zaman 70-an. zaman dia pon xde lagi.

5. minyak urut pon boleh disebot-sebot. ini menandakan pak menteri mmg xde idea. mcm-mcm perkara lain disebot selain dari isu minyak.

6. soalan panel yang sangat lemah. lebih memihak kepada pak menteri. mungkin soalan yang ditanya adalah soalan yang dibuat oleh pak menteri sendiri.

7. debat ini sepatot nya di lakukan di antara anwar dan menteri-menteri yang mengawal ekonomi negara. bukan dengan menteri penerangan yang cetek idea dan tiada pengalaman. baru 4-5 bulan jadi menteri sudah belagak mcm ayam daging.

8. siaran ulangan patot diulang setiap hari supaya rakyat dapat menilai yang mana lagi bagus.

9. komen anda? sila tinggal kan di ruangan bawah. sekian.

Friday, June 20, 2008

jerman memang solid!!

sorakan emosi.

Friday, June 13, 2008

"i love ballack"-kakmah

"i love ballack" lagi ke kakmah??

x lah power sgt ballack tu. setakat lawan croatia pon dah lemas. cane nk lawan spain finale nanti??

"lalalala" hati riang.

Wednesday, June 11, 2008

"you can have everything in life that you want if you just give enough other people what they want."

"bile pulak aku minat ber-quote ni. mungkin aku akan mampu mengubah dunia nanti. DAMN!"

Tuesday, June 10, 2008

kuat ke itali???

semalam aku menyaksikan perlawanan bola sepak EURO 2008 yang konon nyer perlawanan maut. itali lawan belanda.

x ramai sangat org kat kedai mamak semalam. yelah, game start kol 245 pagi. org yang komitmen mcm aku jer yang p tgk. dah lame dah x tengok itali main walopom aku x minat sangat dengan pasukan bekas juara dunia ni. aku lebih ke arah spain sebenarnye. yelah, dah lahir kat sane. tp kalu dah minat tgk bola tu, xkire la game ape pon. kuala lumpur lawan tentera pon aku tengok. tp sekejap je dah panas bontot.

game setat. mmg itali main ade class. yelah, seme player die dr kelab2 yang berjenama. gol keeper pon paling mahal kat dunia. belanda main rilex je. tenang tp muke kene sombong. aku yang ngantok gile ni dah segar bugar balik. pong pang pong pang. "goooooolllll" nisteroy score. aku senyum sinis. msg masuk 10 keping. penyokong kuat itali terdiam. "xpe, awal lagi."

pap pap pap.."ggoooollllll" sneidjer pulak score. 1st half tamat. aku senyum mcm nk jadi org kaya baru.

short story la senang. belanda menang 3-0.

aku balik umah nk sambung tdo. "x la class sgt pon itali" sambil menuju ke jamban.

lalalalalalalalalala. aku menyanyi riang.

Monday, June 9, 2008

aku sebak. jahanam kerajaan.

semalam aku pergi ke sebuah supermarket cina area taman rumah aku ni. aku pergi dengan satu tujuan. nak beli beras. aku dah bersedia dengan duit yang lebih sbb aku xtau harge beras yg paling latest slps harge minyak naik.

aku parking kete sport aku betol2 depan kedai cine tu. bunyi ekzos yang still berbunyi bising walopon aku dah matikan enjin. ramai org memandang sinis. nk ajak race agaknyer. sorry yer, aku x race haram. aku berjalan lagak pemandu pro. kebetulan di pintu masuk aku terserempak dengan seorg makcik yang berpakaian agak lusuh sambil memegang sebilah payung. die senyum kepada aku. aku balas senyum jugak ler. xkan nk buat angkuh lagi. noktah.

tanpa lengah, aku terus menuju ke tempat beras. mmg byk pilihan beras. tp pilihan aku cuma satu. mestilah beras dr BERNAS. ni mungkin sbb aku terpengaruh dengan iklan di radio hotfm. tapi xpe, beras die mmg ade class. aku mencari-cari beras yang x mahal sgt dan x berape murah sgt. bukan xde duit tp xnak membazir. kire ngam ngam jer. sambil memilih aku terperasan. makcik yang aku terserempak td lihat-pandang kepada ku. rupenye die pon mahu beli beras jugak. sambil aku memilih beras aku perasan lg makcik tu mengira-ira duit dlm tangan. aku buat xtahu. selambe.

dengan sense yang lengkap, aku sedar makcik tu blah tanpa beli beras. aku pergi bertny "makcik, x beli beras ke?"

"makcik xcukup duit. 3 hari lepas harga die baru rm19.90 10kilo. tp arini dah jd rm25.90. tu je beras paling murah. makcik nk ke kedai sebelah nk beli beras timbang kilo"

tanpa berpikir aku panjang aku berikan beras yang aku beli td kepada makcik tu. x sanggup aku tengok seorg makcik tua yang xboleh nk beli beras even beras paling murah. anak-anak die nak makan ape nanti? nak makan lauk ape? beras pon dah xmampu beli. confem, lauk lagi la x boleh nak beli.

malaysia oh malaysia. berubah la wahai malaysia!

Sunday, June 8, 2008

Friday, June 6, 2008

credit to sak


perhatian. ni bukan iklan. tapi nk ajak kwn2 buat perbandingan.

banyak tu perbezaan!!

betul ke ni??

negara2 yg terkabut kat atas ni bukan kah negara yg produce minyak jugak??

ye lah. negara pengeluar minyak lah ni!

tapi kenapa diorg jual murah sgt??!! kenapa malaysia jual mahal??!! gaji dah la ciput!

lu pikir la sendiri brader!!

Monday, May 26, 2008

mr grant have been sacked.

so, who will be the next "special one"?? haha.

godamn it!

Friday, May 23, 2008

melayu mudah lupa??!! - Dr M macam mane??

cakap senang la bro!

last-last kuar party.

bile konco-konco (org kuat kononnye) mahu kuar party jugak??

kesetiaan kepada pemimpin la brader.

lanchoW la!!

taip laju laju

40 words

Speedtest




lembap jugak aku taip..mcm mana nak keje krani??! WTF!!

Wednesday, May 14, 2008

PM seru rakyat bantu mangsa taufan narjis!!??

bagus betol amalan bantu-membantu ni. mmg satu amalan yang baik dan diberkati. TAPI..

mane pergi bantuan berjuta-juta rakyat malaysia terhadap mangsa tsunami kat kedah??

mane??
xde ape pon. bukan sikit tu. ratusan juta. xkan tu pon nk jd broker. duit derma rakyat tu. HARAM.

sila jawab sekarang pakcik!!

Tuesday, May 13, 2008

iklan CELCOM. wajar ke?


gigs, terry, peterpan?? kenape diorg jd model utk iklan CELCOM?? kenape bukan org malaysia kite?? kan ramai model yang cantik2 dan encem2. ni mesti kes pikir pendek. huh!

Thursday, May 1, 2008

sidang dewan rakyat kecoh. siaran langsung dikaji semula.



cukup la sekadar dengan tajuk diatas. malaysia ni memang susah dah nk jd demokrasi. payah nk ubah. aritu cakap lain, ni cakap lain pulak. apa cerite ni? bukan lame sangat pon siaran langsung. setengah jam je. dah byk dah tutup tu. semua mende nk tutup. xnak kasi rakyat tahu. rakyat boleh download kat intenet la pak menteri. xkan nk mansuh youtube pulak kot.


chelsea-liverpool, 3-2

semalam sangat panjang. mcm-mcm kerje aku buat. kemas bilik, masak air, sapu rumah, basuh jamban dan mcm-mcm lagi hanya utk percepatkan mase aku nk menonton sukan berprestij ini.

dipendekkan cerita, aku terasa sangat mengantuk sbb berkerja keras di siang hari. mata aku jadi berat semacam. lebih berat dari anak gajah. aku berbisik sendirian 'tdo sekejap ni ngam jugak, baru boleh sorak kuat2 nanti'.

tanpa berlengah, aku berbaring menarik comforter (designer label) sambil memegang telefon bimbit (alarm aku le ni) tanpa menutup suis lampu neon mahupon men-shut down kan laptop aku.

tiba-tiba aku tersedar. 'bodoh!' cakap aku tanpa ade objek lain disekeliling. laptop aku masih gah di sisi. aku bingkas bangun. aku click. aku lihat. aku kecewa. chelsea menang 3-2 terhadap livepool. aku berbisik berang 'nasib baik xpergi tengok semalam'.

sebab chelsea main final, aku boikot finale de Moscow. cam seyal! glory glory man united(walopn aku bkn org kuat red devil).

Monday, April 28, 2008

amaran terhadap blogger yang kuat kutuk GOV.

isnin, 28 april 2008.

pihak gov (kementerian penerangan) megeluarkan satu amaran terhadap blogger yang kuat sangat kutuk diorg ni.

'kami kalah terok PRU lepas sbb kempen pembangkang kat intenet' menteri cik ahmad shabery(bukan name palsu).

korang kene ingat la wahai kawan2. jgn duk kutuk2 kerajaan sangat. kite kene "bakar semangat" diorg ni biar sampai terbakar jer. kasi diorg panas sikit.

nanti sia-sia la kite duk byr broadband sana-sini mahal2 tp xleh nk access seme page yang ade kat intenet. diorg dah nk sekat dah blog-blog yang tentang diorg. pengecut jugak ek? mcm kat dlm kampus la pulak. frenster pon xleh boleh log-in. apa certa??

aku pon xpaham la pemikiran org yang cerdik pandai sampai jd menteri ni. lulusan diploma ke SPM ni?? ke SPM dpt grade 3? kalo korang kalah terok sbb kalah kempen kat intenet sila la lawan kempen balik. jgn tahu nk sekat je. itu xboleh ini xboleh. pikir secare menteri la sikit. kate nk suh rakyat cerdik celik IT. tp menteri pandai guna ke?? ke xreti nk tekan keyboard?? ke kat umah xde broadband??

malas la nk cakap lebih2 nanti dengan aku skali masuk 'dalam'. x seronok la dunia ni kalo aku masuk 'dalam'. nanti korang rindu aku. pasti.

malaysia for peace konon!! lancau la bai!!

spender saiz double X tambah L lagi!!

huh! aku ni mmg la malas bab2 nk basuh baju ni. so sepanjang aku hidup hanya beberapa kali je aku membasuh. tu pon rendam dan bilas dengan softlan je. sumpah aku xsuke keje-keje camni. nanti kasar tangan.

oleh yang demikian, setiap minggu aku akan kumpul baju2 aku kedalam bakul baju busuk yang cantik berwarna hijau (mesti la kaler faverite aku) kemudian dihantar ke dobi cengal yang berdekatan dengan rumah banglo mewah aku ni. biase nyer baju aku mencecah 10-15 kilo sekali antor dobi so harga die agak murah, hanya rm1.50 sekilo (murah la bagi aku sbb gaji berpuluh ribu sebulan). makcik kat kedai tu pon dah kenal aku. bunyi jer kete salon mewah aku die dah berdiri tercegat kat depan.

makcik : "makcik mmg basuh baju 'nak' mesin lain dengan org lain. x campur sbb makcik tahu baju 'nak' baju designer. mahal-mahal"

aku tersimpul malu. tersengih sambil membuka spek mate hitam aku.

aku : " tau xper makcik. jangan campur la dengan baju org lain. kan sy ni selalu je bagi makcik duit tepi (keep the changes)"

aku bergurau senda. biase nyer baju aku akan siap keesokkan harinyer.

esok ptg aku singgah lagi di kedai dobi cengal utk memungut baju2 aku yang dibasuh. aku kasi rm50 kat makcik.

makcik : "xde duit baki la nak"

aku : "ala, mcm xbiase jer. keep the changes la makcik"

makcik tersenyum. aku kembali ke dlm kete sport aku. (utk makluman aku ade due bijik kerete, satu kete salon warne puteh, satu kete sport warne silver)

jam menunjukkan kol 6.15 ptg. mase utk beraksi di padang. aku bukak sarung dobi aku. mencari satu suar bola nike yang aku beli di al ikhsan. sah original(rm 99.90). aku pon cr 'suar kecik' aku yang hanya dipakai utk bersukan. mesti la jenis designer.

tibe-tibe aku terpandang satu 'suar kecik' yang pelik. xpenah pulak aku pakai brand jenis ni. besar semacam lak tu. saiz anak gajah. aku berang. makcik berkata-kata bohong. ckp x basuh sekali dengan baju org lain. ni pehal 'suar kecik' yang ber brand murah dan saiz anak gajah tibe2 wujud dlm parcel dobi aku.

aku start kete sport. dengan kelajuan 150km/j aku memecut menuju ke arah kedai makcik. sperti biase die mesti tercegat. aku ckp spontan "KANTOI". makcik meluru masuk memberi wang baki aku tadi. aku rampas wang baki tanpa sebarang sengihan. aku memecut pergi ke SENHENG.

aku beli sebuah mesin basuh paling mahal yang ade di SENHENG dengan menggunakan kad kredit platinum aku. geram. sumpah aku x anto dobi lagi!

Saturday, April 26, 2008

finale. sang nyawa dan sang pari-pari

sang nyawa dan sang pari-pari sedar. masing-masing rindu. kehangatan perhubungan adalah yang paling penting.

akhirnya, mereka kembali bersama. berjuang untuk terus hidup menyaksikan hubungan yang dicipta adalah untuk mereka. sekian.

Wednesday, April 23, 2008

sang pujangga-sekolah rendah 2

cerita ini untuk sang pari pari. diceritakan oleh sang nyawa.

setelah sang pari-pari bersetuju untuk putus kawan sang nyawa resah. segala perjalanan hidup sang nyawa di bintang lain tidak menjadi. segala harapan sang nyawa untuk merasai hidup senang musnah. sang nyawa berkata bertanya pada diri sendiri 'bagaimanakah hidup sang pari-pari sekarang?' 'sudah makan kah sang pari-pari?' sang nyawa yang sebelum ini sangat egoistic terhadap diri sendiri merasa resah yang amat sangat.

lalu tanpa berlengah sang nyawa terbang balik ke tempat sang pari-pari. terlihat binatang putih kesayangan sang pari-pari ditambat tidak bergerak. sang nyawa berasa sedikit lega dengan kehadiran binatang kesayangan sang pari-pari. secara senyap dan penuh tektik, sang nyawa duduk melihat sang pari-pari dari jauh. sungguh sayu hati sang nyawa melihat kawan baiknya duduk berseorang. sang nyawa cuba memanggil sang pari-pari tapi kesayuan hati sang pari-pari menyelubungi segalanya.

sang nyawa mula sedar. kesilapan keegoan diri sendiri yang menyebabkan diri nya musnah. adakah sang pari-pari memaafkan sang nyawa? mungkin kah sang pari-pari akan pergi?

jawapan hanya ada pada sang nyawa dan sang pari-pari. sang nyawa tidak dapat memaafkan diri nya jika sang pari-pari pergi. sang nyawa mula sedar bahawa hubungan adalah penting untuk meneruskan perjalanan hidup mereka. tiada segala jua apa yang dapat atasi sesuatu hubungan yang mesra melainkan sikap angkuh, ego, sukar memaafkan dan sikap buruk yang lain yang dapat atasi hubungan ini.


bersambung.........

sang pujangga-sekolah rendah.

kisah ini untuk sang nyawa. diceritakan oleh sang pari-pari.

suatu hari, sang pari-pari teringin melihat bintang di awan bumi. sang nyawa, juga sahabat karib sang pari-pari pun menjawab. "kita tak mampu nak terbang ke bumi, wahai pari-pari. biarlah kita tetap di alam kita ini. bukankah bintang di sini lebih cantik"? sang pari-pari menjawab. "ah. engkau memang tidak mahu ambil peduli pasal diriku".

maka, dengan nada yang sgt marah, sang nyawa menjawab. "engkau memang tidak pernah memahami diri aku, wahai pari-pari. dengan ini, kita putus kawan!"

kemudian, dengan hati yang bengkak,luluh, dan hancur, sang pari-pari menjawab. "memang sudah banyak kali engkau menyatakan begitu! baiklah! kita putus kawan! aku memang hendak engkau rasakan hidup tanpa diri aku! (sebelum ini, sang nyawa kerap kali meminta memutuskan perhubungan persahabatan mereka di kala mereka berselisih pendapat)

maka, dengan saat itu, mereka bukan lagi bersahabat baik.

sang pari-pari dan sang nyawa meneruskan hari-hari mereka seperti biasa. namun berjauhan. biarpun begitu, mereka tetap ketawa dan gembira dengan rakan-rakan mereka yang lain.

tetapi, jauh di lubuk hati sang pari-pari dan sang nyawa, mereka amat merindui kehadiran diri masing-masing. namun, kerana ego nya mereka ini, tetap mereka dengan pendirian masing-masing.

hari demi hari, bila malam bertukar bintang, pagi pula mengundang awanan, kedua-dua sahabat ini mula resah.

siapa yang akan mengalah? dapatkah mereka kembali seperti dulu kala? dapatkah mereka belajar dari kesilapan mereka? adik-adik, kita nantikan kehadiran buku sang nyawa dan sang pari-pari di pasaran,ya!

cabulan, bekas menteri

suatu pagi di office kementerian ..............(name dirahsiakan)


'ade bekas menteri mencabul??' menteri

'sape yang die cabul??' penulis

'entah la aku. kat hotel dekat dengan KL central??' menteri

'cerita panas ni!!' penulis

'mane tahu??' penulis lagi

'lor, mesti la tahu aku pon menteri' menteri

'oh, igt ade dlm tv' penulis

'jangan harap la ade kuor TV' menteri

'konfem' penulis

'ko masuk kan dlm blog ko kay' menteri

'aku tgk mcm ngam jer' menteri lagi

'okaey pak menteri' penulis


penulis sembang dengan menteri tu. maklum la kabel besor.

Tuesday, April 22, 2008

pekerja warga asing

sesiape yang memerlukan warga asing untuk dijadikan pekerja sila hubungi pihak kami di talian 017-2563947 (mr. usin). terima kaseh.

Saturday, April 19, 2008

19 april hari bersejarah.

woi masyarakat2 sekalian alam! ari ni besday aku. segala hadiah boleh antor kan ke alamat yg tertera dibawah :



remy martin.
no 4 jalan lumpit 6,
taman teratai,
81310 kangkar pulai,
johor bahru.



hadiah hendaklah dikepilkan sekali dengan kad besday. hadiah mesti mempunyai ciri-ciri lelaki matang abad 21. hadiah berunsur lucah juga diterima.

Wednesday, April 16, 2008

aku dah cakap dah. memang jadi nyer.

16 april 08, utusan malaysia. harga beras meningkat 10-20%. harga besi meningkat mendadak.

dulu mee skrg beras pulak. makin slim aku lepas ni. woi! korang igt kami (rakyat) ni ade sawah padi sendiri ke?? dengan selambe je buat naik harga barang. gaji ciput. lancau la.

harga besi. diorg ni xkaji ke? kesian la kat kontraktor2 kecil yang dah dpt tender. kene tanggung kos sendiri sampai 900-1000 ringgit setiap tan utk tambahan kos. kalau diorg ni dpt subsidi besi xpe la. dah la xcukup besi, pastu nk eksport ke luar negara tu buat ape? pandai ekonomi ke x ni?

malas la nk ulas byk2. sakit ati je.


Saturday, April 12, 2008

pembetulan utk post 'projek ternakan babi 100juta'

kat sini aku nk buat pembetulan sikit. hal kandang babi 100juta tu. aku dimaklumkan bahwa kandang babi yang moden dan canggih ni nk dibuat untuk menghapuskan kandang2 babi yang sedia ada kat kg tersebut. lagi pon kandang2 yang sedia ada mmg sangat teruk dan banyak kelemahan. so bagus jugak kerajaan nk buat kandang babi 100juta yang baru. boleh atasi byk masalah seperti bau busuk, pencemaran dan sebagainya.

org-org kg kene la faham masalah ni. kita xleh nk cr tapak baru sbb tapak yang sedia ada pon dah cukup cantek. kalo kita buat tapak baru maka lagi la byk tanah babi kat malaysia ni. so kite teruskan je dengan tanah sedia ada. dulu kenape wakil kampung x mahu bantah masa buat kandang babi tipikal tu? skrg org nk buat yg moden kecoh x pasal2 tu kenapa?

harap maklum tentang pembetulan ini.

Friday, April 11, 2008

enam bilion. satu angka yang xpernah aku kire pakai tangan atau kalkelator.

6 bilion RM akan digunakan utk tingkatkan pengeluaran beras negara. wow! hebat! ni projek utk rakyat. bagus-bagus.


nk buat ape? nk baiki ape? sape jadi kontraktor nya pak? boleh kami (rakyat) tahu?

senang-senang je tukar nama tetiba

wilayah pembangunan iskandar(WPI) bertukar jadi iskandar MALAYSIA (IM). mcm tu je senang2 tukar name. kenape? aku rase WPI ni lagi la ngam name die. nk tukar jadi IM pulak. dah la name x sedap langsung. nanti kalo IM ni x glemer mesti tukar lagi. konfem. ntah la name ape pulak. tukar name tp xtukar isi buat ape mende?

aku ni bukan sekejap duk kat JB ni. dah 6 tahun da bai. tp aku tgk IM (name baru) ni tempat lepak mamat endon je ramai. lagi satu tempat aku lepak karoke asah suare nyanyi lagu awie. pastu bagi pulak 200juta camtu je utk bangun IM kononnyer la. aku yang tgh kering ni ulur ulur la sikit. kasi minum kopi.

aku nak bg name baru la ganti IM. tempat lepak tenaga buruh kasar no 1 malaysia(TLTBM), aku rase name ni yang paling sesuai untuk ganti WPI. aku harap aku menang hadiah sejuta utk name ni mcm kuiz TM.

jom lepak-lepak sambil hidu bau kat selat busuk tebrau TLTBM.

zass! 'pong pong pong' bunyi kete sport aku pergi ke TLTBM

Thursday, April 10, 2008

aku dah cakap korang xnak percaya! ni baru mi, lepas ni maggi pulak pastu ape lagi?

penulis - 'macha mi goreng mamak satu, kasi limau lebih sikit'

machai- 'okehh, siap bos!'

penulis - 'lambat la pulak mee aku nk sampai, lapo gile ni'

kawan - 'lex lex la boh. awal lagi. bola pon baru setat'

penulis - 'yelah. aku sabor'

sambil mkn mee aku aku tatap tv. man u vs roma. man u menang 1-0. man u mmg power. aku xsangsi la walopon aku bkn peminat setia man u.

penulis - 'teh tarik, mee mamak taruk telor mate. berape?'

boss machai - '6 inggit'

mcm lain je. aku rase lain. aku rase xsedap ati. blk je umah terus bukak laptop. click kat paper online.

penulis - 'cess! patot la mahal semacam je aku rase td. harge mi naik 70sen. cibai betol'


aku dah ckp. mesti naik harge barang punyer. nanti mesti segala jenis mee naik harge. x mkn mee dah la aku pas ni.


Wednesday, April 9, 2008

takkan 145 orang je? RM11.2juta? sikit lg tu.

well done BPR. anda telah berjaya menangkap perasuah2 dlm institusi kerajaan. tp 145 org? RM11.2 juta? amaun yang masih kecil. jom tangkap ramai lagi jom.

opss..

org-org dalam BPR sendiri xnak disiasat sekali ke wahai pakcik BPR? haha!



liverpool 4 - arsenal 2

ni mmg sengaja buat kalah ke ape? abis 4 inggit 4 kupang aku terbang tgk game ntah ape2 kat mamak. xberbaloi langsung. hampeh punya team. boleh jalan la arsene wenger!!

chow!

Tuesday, April 8, 2008

space oddity live



layan bai wa ckp same lu.!

projek ternakan babi 100juta?

berita harian, 8 april 2008. projek ternakan babi di sepang bernilai 100juta perlu dikaji? nk kene kaji lagi ke? aku rase budak sekolah darjah satu pon reti. nk kaji buat ape? dah byk dah cerite kite dengar pasal kes2 ternakan babi sebelom ni. mcm2 penyakit yang timbul. JE dah berape org yang mati? xsedar2 lagi ke? dah la 100juta. aku xpenah lak dengor ade org nk buat ternakan lembu ke kambing ke ape2 yang halal dimakan sampai cecah 100juta.

diorg ni pakai akal x ni? fakta menunjukan bahwe negare kite import daging segar dari luar sebanyak 60%. kenape kite x nak buat kandang lembu besar-besar untuk cover mende ni?

negare malaysia ni 70% rakyat adalah beragama Islam. org Islam x makan babi. buat ape nk buat kandang babi besar2? byk lagi boleh buat dengan duit 100juta tu. kalau anda seorg yang sensitif pasal isu kemiskinan negare anda pasti akan rase bahwe projek bernilai 100juta utk kandang babi ni mmg sangat2 x releven.

masih ade ramai lg rakyat negare kite ni xleh makan dengan sempurna so baik gune duit 100juta tu utk bantu mereke. anak2 yatim kat umah2 anak yatim yang xcukup serba serbi tu sape yang pegi bantu? jgn lah kite jd terlalu tamak sehingga nk buat industri babi walhal negare kite ni negare yang diistihar kan negare Islam. babi tu haram di sisi agama walopon kite samak daging die ttp xleh makan jugak. aku harap projek ni xperlu la nk dikaji. batal kan je teros. byk lagi yang perlu dibuat atau dimajukan.

Saturday, April 5, 2008

gone baby gone. main jauh jauh.

semalam around 3a.m bertempat di pusat kesihatan UTM, pertama kali aku dengar dengan telinga aku sendiri seorg ibu meraung melahirkan anak. trajis giler rase. tp tu bkn anak sulung die sbb aku tgk ade 2 budak pompuan ikot same skali dengan bapak die. so jeritan die ni xleh dikire pure lagi la.

"yg ngeri skali bile anak sulung b. aritu akak kwn syg..bla bla bla" ucap miss honey. aku pon xsure (refer kepade mak makcik korang). tp yang ni pon dikire tahap geli perot dah aku dengor. lutut pon dah cair bai.

para makcik2 jururawat ni mmg nampak seronok di wajah mereke mencara kan hal budak ni. ni mesti kes sbb dah lame x pegang baby. ade budak besar yg sakit die dah x endah dah. suh org besar tunggu dulu. dari perbualan aku dengan makcik2 nurse ni, diorg ckp dah lame sgt dah xde org beranak kat pusat kesihatan UTM ni. diorg pon panik tadi mase nk zass zass akak tu. nasib baik igt lagi skill2 yg belajor puluhan taun dulu.

kesimpulan yg aku nk buat cume satu. sayangi lah ibu anda kerna tanpa die xde anda di muka bumi ini. was-chow!


Thursday, April 3, 2008

ada beza ker?

bersambung berkenaan dengan filem 'fitna' dlm post penulis yg lepas. aku nk buat sikit 'pembasuhan minda' dengan mengajukan persoalan2 kepada kalian semua.

sebagai sedia maklum, filem 'fitna' ni byk mencaci agama Islam dan Nabi Muhammad S.A.W. tp adakah kite sedar bahwa filem2 melayu seperti sepet, gubra, anak halal dan yg terkini akhirat juga sama seperti 'fitna'?

Ada antara filem berkenaan seolah-olah secara halus cuba menerapkan unsur-unsur nilai terbuka terhadap perbuatan pelacuran, zina dan konsep menyalahkaan takdir atas sesuatu kecelakaan yang berlaku seolah-olah Tuhan yang menciptakan manusia bersifat 'kejam' menetapkan sesuatu yang buruk kepada seseorang individu tanpa boleh diubah.

Filem Akhirat yang skripnya ditulis oleh Ikhzal Azfarel Ideris ini telah diwarwarkan bertumpu kepada cerita berunsur keagamaan namun bagi pengkritik filem Faisal Tehrani bahawa filem ini membawa kesongsangan beragama.

antara aspek-aspek yg ditekankan oleh faisal tehrani adalah :

1) Menjadikan adegan zina sebagai sesuatu yang 'cool' dan kasual.

2) Dalam satu adegan Tony Eusoff terdesak merangkul Vanidah Imran dari belakang sambil menjerit: 'I want to make love with you' setelah tidak dapat menyetubuhi Mira sekian lama (kerana Mira HIV positif).

3) Babak-babak yang dilakonkan oleh Tan Sri Jins Shamsuddin sebagai ayah Mira dan Noni menunjukkan dialog bebal menyalahkan Allah terhadap kesengsaraan yang mereka hadapi.

4) Adegan separa seks separa panas dalam filem ini amat menjengkelkan dan memualkan seperti cium leher, peluk rangkul dan belai membelai, tidak dapat mencerminkan judul Akhirat yang ditatang.

so, penulis dpt simpulkan bahwa kite xperlu lah nk beriya-riya ckp mat salleh buat filem yg berunsurkan pencacian terhadap Islam. negare kite sendiri pon dah ade filem2 mcm tu kite xkutuk pulak. paper2 rakyat(utusan, berite harian) senyap jer. yg diorg tahu perkataan 'box-ofice' tu je. kalo box-office tu sampai thp 100-200 juta xpela. ni sejuta due. aper cerite??
tengok sendiri nilai sendiri.


Tuesday, April 1, 2008

xtahu mane satu??

dipendekkan crita. tgh mlm tadi aku dapat call dari bapak aku. lame jugak la kami berbual. yelah nk harapkan aku call die mmg jarang2 la. maklum ler org mude. setelah perbualan kami hampir selesai beliau memberi kate2 akhir

beliau : 'ayah dapat projek berjuta ni, igt nk beli satu kerete sport nk suh mi pakai..ok x?'
aku terpinga : 'hah? kerete sport?' dengan nada malu-malu.
beliau : 'yelah, bmw ke audi model baru ke merc ke..xmboh ke?'
aku dah terbeliak anak mate : 'mesti la nk'

.................(senyap untuk 30saat) beliau : 'haha, april fool!! sape nk bagi senang2?? keje la sendiri!'

dengan selambe aku ckp 'kayla, assalamualaikum'


Sunday, March 30, 2008

sumpah aku xkan sokong pasukan belanda lagi

seperti sekala, aku bace paper online sbb mudah dan free of charge. lagi satu boleh kurangkan pencemaran alam sekitar dan menjaga kehidupan semula jadi kurniaan ilahi ni.

sedang kusyuk aku bace harakahdaily aku terperasan satu berita menarik. 'PAS bantah keras filem anti Islam Belanda-Presiden'. tapi yg aku heran kenape paper2 rakyat yg lain mcm utusan, berita harian xkecam pasal mende ni?? apa nak jadi? berite pasal Belanda pon boleh masuk harakahdaily ni. aku igt editor harakah ni duk sibuk nak taip pasal scene politik negare jer. rupenyer, isu international pon diorg hentam jugak.

abis aku bace artikel barula aku faham ape yg sebenarnye terjadi. Geert Wilders seorang penerbit filem dr belanda telah menerbitkan sebuah filem bertajuk 'fitna'. aku pon xpaham maksud die ape. tp ape yg aku paham, filem ni byk mengambarkan keburukan Islam dan menghina al-Quran serta Nabi Muhammad S.A.W.

aku harap semua NGO atau pihak-pihak yg terbabit berusaha sekerasnyer menentang penerbitan filem ini.

'sumpah aku xsokong Belanda dlm EURO nanti' hati kecilku berbisik.

label-Islam

Monday, March 24, 2008

sedikit ulasan untuk arsenel.

cube cube lah try tektik lain bile nk lwn dengan chelsea, man u atau livepool. dan sila lah start saving duit beli player2 baru. tu jer.

label-sedikit pressure.

Sunday, March 23, 2008

baru la ngam dengan jiwa.

I don't mind the rain. So strike me once again. I've got nothing to lose. la la la.

kerete salon

aku ni mmg peminat setia kete2 sport ni terutama yg dtg dr luar negeri mcm ferrari, lambogini, BMW, merc dan etcetera. dipendekkan cerite, pesta konvo UTM kali ni mengadakan event yg kononnyer dinamekan autoshow.

pagi2 lagi aku bingkas bangun awal2 kerna nk p event ni sbb event2 lain mcm battle of the band ni aku dah pon boycott dah.

sesampai aku kat tapak konvo lebih kurang jam 12 tgh hari (cuace mendung, sesuai sgt la nk tgk autoshow lelame bleh ambik gambo byk2). camera dah standby dah. charge semalam kasi full batery. aku intai-intai la kat mane diorg letak kete-kete letup ni. mmg sah jangkaan aku tempat yg diorg ade kan event ni. jauh pandangan aku. tersentak sambil mengeluarkan sedikit kate-kate kesat

'cess! taik betol! b igt ade jugak kete2 sporty at least evo buruk, tayar bocor pon xpe!' kate aku kepade awek aku disebelah.

'tu la, autoshow ape camni. kenari tampal sticker banyak2 kat body je ade' balas awek aku dengan nada kiciwa.

br nk pose hangat2 kat kete sport. dah x kesampaian. sambil aku buat pusingan U, terus beredar dr tapak pesta. pergi makan ais kacang lagi baik.

aku sedikit geram. diorg ni mmg xreti pakai perkataan kah? kalo sebot autoshow tu mmg la kene bwk model2 kerete yg rare kat atas jalan raye kite ni. ni bwk kete yg bersepah2. kalo diorg nak tunjuk kete yg stakat mcm kenari, perdane, wira, satria yg byk sticker kat body boleh la gune perkataan auto salon atau bile dimelayukan jd kereta salon. baru la xramai sgt yg tertipu. belajar tinggi2 pon xreti mende2 camni. org lain nk buat kite pon nk buat tp satu apa pon xreti. bengang.

label- autoshow konon.

'dah dah la tu' riwayat aznil

rumah sewe aku kat JB ni mmg la daif. TV pon xde. yg adenyer 2 bijik computer biase milik housemate aku (name dirahsiakan) dan satu komputer ribe milik aku. brg2 asas yg lain mcm kipas, water heater tu ade la. kami ni bkn nyer xde duit sgt. tp yg jenis jimat cermat.

kalau TV tu xde mmg lagi konfem la xde astro. aku bkn x stuju bdk2 umah nk beli TV dgn pasang astro tp nnt satu keje pon xjadi. lagipon nnt umah aku jd port lepak tgk bola. racist la sikit beb. nnt ade yg gaduh sbb main sorok2 remote control.

td aku bkk paper utusan online. dah lame dah aku x bace paper2 national ni. bg aku berite2 diorg ni x standard utk dibace. byk penipuan. byk cerite2 kisah org curik enset, budak2 sekolah pukul cekgu dan mcm mcm. x ngam dengan spirit aku. tp td tibe2 je rase mcm nk bace kisah2 dongeng rakyat so aku bukak la utusan. terkejot bai. tajok headline die berbunyi ' yana(bkn name sebenar) peserta AF6 pertame tersingkir'. aku dah naik sawan. gelak2 sampai umah sebelah pon bengang sbb anak die terjage tido kot. yg aku heran, nape AF ni masih diteruskan?? korang igt best ke?? kalau adik aku tgk kat umah mmg aku suh mak aku jual TV tu. aku rase aznil pon dah muak dengan AF. die sendiri pon blah dr AF. korang yg menghabiskan duit vote SMS tu ape ceriter?? membazir tahu x? kalau betol2 berkualiti xde la pulak juare2 AF yg lalu senyap sunyi xde berite. mawi je yg nmpk up sikit tu pon sbb kes bekas tunang die dirampas org. yg lain maner pergi? abis kontrak x sambung2.

bertambah lg x paham aku sbb ade jugk org yg sanggup benti keje pasal nk masuk mende alah ni. nk jd glemer la katekan. xyah la wei. korang ni hny digunakan pihak astro utk mengkaye kan mereke jer. astro ni hak milik ananda krisnan. die tu bkn org melayu dan Islam. kite org melayu marah bile DEB nk dihapuskan tp kite kayekan jugak org keling tu. buat pe?? cukup la dengan maxis yg die ade. xyah la nk supot AF pulak. kepade peminat2 yg setie tu sedarlah diri kay. lagipon budak2 AF ni nyy xbest pon. xde pon lagi yg boleh lwn siti tu. aku pon bkn minat sgt kat siti ni. tu cume perumpamaan saje. ni setiap ari minggu duk mengadap tgk konset murah AF tu. baik layan bola lg masyuk kepale. 'bile ntah org melayu kite ni nk berubah' quoted from tun mahathir. walopon die tu bkn melayu sejati. campur jgk dgn mamak tp aku pakai jugk kate2 hikmat die. bla bla bla..

aku dah mls dah nk protes lebih2. nnt org ckp aku ni jenis x spoting la ape la. so stakat ni saje kritikan pedas aku utk AF ni. dah dah la brader. bangkit lah!

label-AF?? WTH??!!

Friday, March 21, 2008

tanduk setan

mlm tadi aku g jln2 dengan awek aku kat pesta konvo yg diadakan secare besaran kat padang kawad UTM ni. sambil jalan2 tgk2 ape yg menarik aku tertarik melihat satu mende yg dijual kat pesta ni. tanduk setan. tanduk setan jenis ni mcm menarik gak la sbb die ade lampu. dah byk dah aku tgk org pakai mende ni. tp xpenah lak tgk yg ade lampu. so, ramai la mamat2 dan aweks2 yg beli mende alah ni.

yg aku xpahamnyer, nape diorg ni nk sgt beli mende2 camni?? nape kite manusia biase yg cantik molek ni nk pakai tanduk setan pulak?? xkan nk jd setan kot. kesian aku tgk kat budak2 ni. ape diorg igt tu style ke? aku tgk meluat ade la. bajet ganazss la wei. lagi satu, yg AJK ni pulak xreti-reti nk tapis dulu ape yg org dtg jual. main jual jer. tu salah satu mende yg aku rase mmg xpatot ade pon kat atas kepale kite sebagai umat manusia. xkire la agame ape pon. tp td yg aku tgk ramai pakai mcm melayu. org keling, cine pon xnak pakai tau. korang ni jenis bengap sgt nape?

aku dengar2 nanti mlm sabtu ni ade battle of the band. mende2 camni dah jd trend kat mane2 pesta atau event yg dibuat oleh pihak universiti. bg aku mmg la masyuk je kite tgk tp aku xpandang straight 4wad la. aku jenis tgk lebih tersirat. nape diorg ni adekan battle of the band? dahla sampai 1-2 pagi x abis2. jenis ape nih. org nk buat ceramah kebangkitan rakyat xbagi pulak. dah la mak bapak dtg nk tgk anak konvo belajor tinggi2. tp bile dtg disajikan dengan battle of the band. bkn nyer penah nk buat pameran helikopter ke. ape ape yg ilmiah yg org tue kite xpenah tgk kat kg2. mende2 nyy ni diorg dah naik mual dah. aku sendiri pon dah mual. kalo best tu xpe. mcm radiohead ke the cure ke. ni nyy lagu rock cintan. dah la xsedap. buat2 la byk2 belatih lagi kat pusat2 karoke tu. pihak uni pon mesti la kene kawal mende2 camni. jgn la duk ikot jer ape yg AJK nk. bayar kat artis2 mahal2 buat pe? suh diorg dtg free sudah. ni kalo bab jemput artis cepat sgt dtg tp bile bab nk tolong student mmg hamprak la.

oke la, aku mls nk taipo panjang2. tp kepade kawan2 yg berniat nk beli tanduk setan tu xyah la beli. tu budaye mat salleh mase hollowen day. kite xsambut mende2 camtu. dan kepade mamat2 yg nk masuk jugak battle of the band ni bwk2 la belatih byk2 sebelom aku baling telor kat korang. lg satu kalo korang x masuk lgsg lagi bagus. xyah nk kejar glemer. aku yakin 1000% korang xkan dpt capai tahap the strokes tu. diorg tu mmg power. kite main kat bilik jamming sudah kay. salam bangkit!

-label-pesta konvo 2008

pos malaysia dan TM

ni perkare yg mmg aku nk protes dr dulu lagi. sampai skrg pon xberubah2! ape nk jadi dengan sistem kat malaysia ni. benci betoi aku.

Pos Malaysia ni mmg la bagus die punyer service kat org ramai untuk menghantar ape jua item yg diposkan oleh customer. diorg ni dikire byk dah berbakti kepade kite sbg pengguna. tp yg aku bengang nyer pasal facilities diorg yg sgtla terok mcm cipan. dahla org berpusu-pusu dtg nk setel mcm2. nk byr bil, nk pos surat, pos barang, renew lesen tp satu kaunter je yg bukak. org ramai berbaris panjang2 kat blkg ni diorg igt xlenguh ke lutut?? kalo seme mude mcm aku takpe la tp kalo dah ade makcik dan pakcik tue tu kesian la kat diorg. yg aku xpaham kenape diorg xleh nk wat sistem mcm kat bank2. pakai ambik nombor. boleh la makcik2 ni duk tunggu kat kerusi. dahla nk tny mcm mane nk isi borang tu xde kaunter pertanyaan. lemah tol. pastu sediakan 2 3 kaunter yg berlainan. utk pos barang kaunter lain, utk byr bil kaunter lain. tu pon xleh nk ubah ke?? untung dekat 3 4 ratus jute setahun nk buat ape?? masuk poket pengarah ke?? marah tol!

ni lagi satu agensi yg boleh dikatekan bengap jugak. diorg ni mempelopori sistem telefon dan intenet kat malaysia. tp service mcm agensi umah sewa makcik pah. aku ni mmgla seorg pengguna intenet dan telefon yg tegar. setiap bulan aku kene bayar 2 3 ratus bil mende2 camni. ni menunjukkan kesetiaan aku kpd penggunaan intenet dan telefon. tp yg aku bengang setiap kali sampai bil byk pulak yg tertunggak. bkn aku xbayar pon. korang igt aku ni jenis yg xde duit ke?? duit belambak2 la brader. tp disebabkan aku lebih selese dgn pembayaran melalui intenet aku menggunakan intenet banking sebagai laluan mudah utk buat bayaran. tp bile dah bil sampai dgn penyata tunggakan beribu2 kat umah aku bengang. aku pon terus pergi ke pejabat besar TM. diorg pon bengang dengan aku marah2. tp mmg patotla aku marah kan??

aku ckp 'oi, korang yg jual intenet mahal2 tiap2 bulan ni pon xreti pakai kah?' 'bodoh! tuli'

aku membare, muke merah. diorg dengan segere check blk acc intenet dan telefon aku. at last masalah setel.

die ckp 'sorry la bang, kami pon xtahu nape sistem ni lembap nk update bil pakai intenet, canilah abg dtg byr manual kat kaunter la sng'.

tak ke lagi bodoh jawapan die nih?!! dah la pelopor intenet kat malaysia. suh org pakai sistem e-bil la e ape lagi tp diorg sndr yg suh byr manual. ni dah penipuan!! WTF!! aku dgn selambe melemparkan senyuman sinis dengan kate2 'xpela kak, TM ni mmg kuat tipu org. suh kami senang bayar bil kat umah tp last2 kene dtg byr kat sini jugak. sy rase akak patot behenti la keje ni. ni keje penipu!' aku pon blah dengan rase puas.

tu la due service agensi kat malaysia ni yg bagus katenye. padahal lg bagus sistem kutipan wang kat tandas2 awam. haha! kayla, sape2 nk kutuk lebih2 lagi sila kutuk kat kometar aku ni kay. blah!!

-label-xpuas ati, marah!

payah tido

aku pon xpaham ape nk jadi dengan diri aku ni. mlm2 mesti susah jer aku nk tutup mate nk tdo. tp kalo pagi tu keje aku membute je la. tu yg aku heran. nk beli pil tido kang org cop nk bunuh diri. so keje aku mlm2 ni lah. blogging, bace blog orang xtentu pasal, cr artikel mengarut2, layan frenster, bc pasal politik tu mmg konfem la. kalo ade bola mmg aku xingin je duk kat umah. lepak kedai mamak layan arsenel lg baik.

masalah ni mmg menular di kalangan budak2 aku kat utm ni. malam je hidup seme. tp siang haram xnampak bayang. kelas tu confem la suh geng skema alam yg sain. marah je diorg kat kami. dah la belajo xpandai. kelas pon xnak pg. tp test markah same je. cane ni??

oleh itu, aku nk tanamkan azam sempene maulidur rasul ni aku nk tdo malam. aku dah xnak tdo siang dah. mmg xproduktif la kate2 dr mak bapak aku. aku pon rase mende yg same. bile ntah nk berubah. aku dah cuak. sebab mase tu sebenarnyer nyawa kite. tanpa mase siapalah kite (ayat pujangga la plak). kayla, aku nk cube tido. jangan lupe date kite esok. harap menjadi la wahai pak malau.

label-bosan.

Thursday, March 20, 2008

menunggu dunia untuk berubah

Me and all my friends
We're all misunderstood
They say we stand for nothing and
There's no way we ever could
Now we see everything that's going wrong
With the world and those who lead it
We just feel like we don't have the means
To rise above and beat it

So we keep waiting
Waiting on the world to change
We keep on waiting
Waiting on the world to change

It's hard to beat the system
When we're standing at a distance
So we keep waiting
Waiting on the world to change
Now if we had the power
To bring our neighbors home from war
They would have never missed a Christmas
No more ribbons on their door
And when you trust your television

What you get is what you got
Cause when they own the information, oh
They can bend it all they want

That's why we're waiting
Waiting on the world to change
We keep on waiting
Waiting on the world to change

It's not that we don't care,
We just know that the fight ain't fair
So we keep on waiting
Waiting on the world to change

And we're still waiting
Waiting on the world to change
We keep on waiting
Waiting on the world to change
One day our generation
Is gonna rule the population
So we keep on waiting
Waiting on the world to change

Now we keep on waiting
Waiting on the world to change

label-lyric, john mayer (Waiting On The World To Change)

Monday, March 17, 2008

nyawaku pari pari

PENCERITAAN AGUNG (ROYAL STORIES)

segala pertanyaan dan bantahan boleh disampaikan terus kepada comment dibawah..sekian.

-my new begin (permulaan baru)-