Monday, June 9, 2008

aku sebak. jahanam kerajaan.

semalam aku pergi ke sebuah supermarket cina area taman rumah aku ni. aku pergi dengan satu tujuan. nak beli beras. aku dah bersedia dengan duit yang lebih sbb aku xtau harge beras yg paling latest slps harge minyak naik.

aku parking kete sport aku betol2 depan kedai cine tu. bunyi ekzos yang still berbunyi bising walopon aku dah matikan enjin. ramai org memandang sinis. nk ajak race agaknyer. sorry yer, aku x race haram. aku berjalan lagak pemandu pro. kebetulan di pintu masuk aku terserempak dengan seorg makcik yang berpakaian agak lusuh sambil memegang sebilah payung. die senyum kepada aku. aku balas senyum jugak ler. xkan nk buat angkuh lagi. noktah.

tanpa lengah, aku terus menuju ke tempat beras. mmg byk pilihan beras. tp pilihan aku cuma satu. mestilah beras dr BERNAS. ni mungkin sbb aku terpengaruh dengan iklan di radio hotfm. tapi xpe, beras die mmg ade class. aku mencari-cari beras yang x mahal sgt dan x berape murah sgt. bukan xde duit tp xnak membazir. kire ngam ngam jer. sambil memilih aku terperasan. makcik yang aku terserempak td lihat-pandang kepada ku. rupenye die pon mahu beli beras jugak. sambil aku memilih beras aku perasan lg makcik tu mengira-ira duit dlm tangan. aku buat xtahu. selambe.

dengan sense yang lengkap, aku sedar makcik tu blah tanpa beli beras. aku pergi bertny "makcik, x beli beras ke?"

"makcik xcukup duit. 3 hari lepas harga die baru rm19.90 10kilo. tp arini dah jd rm25.90. tu je beras paling murah. makcik nk ke kedai sebelah nk beli beras timbang kilo"

tanpa berpikir aku panjang aku berikan beras yang aku beli td kepada makcik tu. x sanggup aku tengok seorg makcik tua yang xboleh nk beli beras even beras paling murah. anak-anak die nak makan ape nanti? nak makan lauk ape? beras pon dah xmampu beli. confem, lauk lagi la x boleh nak beli.

malaysia oh malaysia. berubah la wahai malaysia!

11 comments:

H.I.K.M.A.H said...
This comment has been removed by the author.
H.I.K.M.A.H said...

negara diperintah oleh 6 jahanam

Nurul Nadia Abdullah said...

sedeyner bacer entry ni bang mi...
kesian kat mak cik tua tue....
terpakser berpikir2 dua kli sblm nak beli beras..nsb baik ader perwira sejati tolonggg ecehhh

hehehe=]

mr.right said...

kene lah sentiasa berhati mulia..baru la jadi mulia..huhu!!

Tok Rimau said...

Kalaulah kau jadi PM, tentu aman negara.

sak~ said...

bagus nye mu. ada sifat kepimpinan.
eh kedai tuh tak jual 5 kilo punya ka. arituh last aku beli beras 5 kilo baru 17 ringgit ke apa. lupa. tu sebelum harga naik

mr.right said...

tok rimau,
kalau aku jadi..kalau x jadi?

sak,
kedai cine keparat tu xde jual yang 5 kilo..die ckp stok dah abis..ni mesti ade agenda jahat disebalik itu..

SATIRA + KACAU said...

Seronok juga membaca kisah-kisah di sini

Satira + Kacau

mr.right said...

satria yang kacau,
seronok adalah perkara no2..yang penting input..

NeemoNeemo™ said...

Sedihnya. mesti ramai lg yg tak cukup duit beli beras.

Tahniah la kerana berjaya membantu.
lain kali buat lagi.

Sy akan berusaha menjadi org kaya supaya dpt membantu golongan ini.

mr.right said...

tu la..nasib baik gaji aku berpuluhan ribu..kalu x aku pon x mampu nk beli beras..sukron..