Thursday, April 3, 2008

ada beza ker?

bersambung berkenaan dengan filem 'fitna' dlm post penulis yg lepas. aku nk buat sikit 'pembasuhan minda' dengan mengajukan persoalan2 kepada kalian semua.

sebagai sedia maklum, filem 'fitna' ni byk mencaci agama Islam dan Nabi Muhammad S.A.W. tp adakah kite sedar bahwa filem2 melayu seperti sepet, gubra, anak halal dan yg terkini akhirat juga sama seperti 'fitna'?

Ada antara filem berkenaan seolah-olah secara halus cuba menerapkan unsur-unsur nilai terbuka terhadap perbuatan pelacuran, zina dan konsep menyalahkaan takdir atas sesuatu kecelakaan yang berlaku seolah-olah Tuhan yang menciptakan manusia bersifat 'kejam' menetapkan sesuatu yang buruk kepada seseorang individu tanpa boleh diubah.

Filem Akhirat yang skripnya ditulis oleh Ikhzal Azfarel Ideris ini telah diwarwarkan bertumpu kepada cerita berunsur keagamaan namun bagi pengkritik filem Faisal Tehrani bahawa filem ini membawa kesongsangan beragama.

antara aspek-aspek yg ditekankan oleh faisal tehrani adalah :

1) Menjadikan adegan zina sebagai sesuatu yang 'cool' dan kasual.

2) Dalam satu adegan Tony Eusoff terdesak merangkul Vanidah Imran dari belakang sambil menjerit: 'I want to make love with you' setelah tidak dapat menyetubuhi Mira sekian lama (kerana Mira HIV positif).

3) Babak-babak yang dilakonkan oleh Tan Sri Jins Shamsuddin sebagai ayah Mira dan Noni menunjukkan dialog bebal menyalahkan Allah terhadap kesengsaraan yang mereka hadapi.

4) Adegan separa seks separa panas dalam filem ini amat menjengkelkan dan memualkan seperti cium leher, peluk rangkul dan belai membelai, tidak dapat mencerminkan judul Akhirat yang ditatang.

so, penulis dpt simpulkan bahwa kite xperlu lah nk beriya-riya ckp mat salleh buat filem yg berunsurkan pencacian terhadap Islam. negare kite sendiri pon dah ade filem2 mcm tu kite xkutuk pulak. paper2 rakyat(utusan, berite harian) senyap jer. yg diorg tahu perkataan 'box-ofice' tu je. kalo box-office tu sampai thp 100-200 juta xpela. ni sejuta due. aper cerite??
tengok sendiri nilai sendiri.


2 comments:

annah said...

kalo dulu glamer cite hantu.
mat salleh wat cite hantu, duk berlumbe nk wat cite hantu gak.

ni cite keagamaan plak..tp sume tu, langsung xteringin nk tgk.hahahh!baik tgk al-kuliyyah xpun kuliyah subuh yg ayah ngn mak duk pasang kuat-kuat time subuh2 tuuu:P

mr.right said...

haha..tapi sorang pon xdengor..seme tdo..haha!